Monday 31 October 2011

salam Zulhijah....

salam....


salam Zulhijah...bagaimana khbar iman kta ari nie???mg sentiasa didalam redha dan rahmat kasih syg Allah..


Jom ramai2x topup ibadah pd Allah...........mgf sentiasa dlm rahmat dan kasih sygNya...amin...



Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan.
 Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? 
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), 
hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.


http://inijalanku.wordpress.com/2007/12/03/kelebihan-10-hari-hari-pertama-zulhijjah/#comment-5362

Saturday 29 October 2011

si dia Moto GP...

salam...


tiba terasa teringat pada seseorang...huhu...sape entah...yg pasti bukan sapa2x...huuu...


teringat dgn Motogp...nak zoom sikit lah moto nie..sbb dia penah gtaw dia suka moto gp( sapa dia? mimpi jer niey)....ish2x...tuan blog nie........((mb malu nak ngaku sbb pompuan suka motogp..sedikit ajaib)) 



smart gak warna hijau....tp yg spttnya ungu yg paling smart...ssh gak search ada tak warna ungu...tp jumpa nie jer...ok lah dr xde kan...huhu



mesti mahal kan Motogp nieyh...xpe..kerja dulu...nanti dah ada duit kta Kahwin  beli moto nie yer....


Oren nie pun smart jugak kan.........


nnti bila dah ada duit sendiri....boleh lah beli moto nie ea...wat g jln2x pusing dunia...tp hati2x..jgn smpai rempit...susah moto nie nak bwak tok rempit,,,,huhu...sebelum nak merempit...ingatlah...dah byk kah amal nak dibawak??huhu..renung2x kan dan selamat beramal...nnti hantaran nak Motogp lah...warna ungu((berangan lah...sapelah yg nak))...




~~salam lestarykasih cahaya fikiranku~~~

Friday 28 October 2011

Salam....


Bila kta terasa tidak kuat tok melangkah...yakinlah ada Allah mengiringi setiap langkah perjuanganmu....jgn mudah melatah andai diuji...Allah menguji kta sesuai dgn kemampuan kta... mengadulah pada al-Khaliq...dugaan bkn jln akhir sebuah kehidupan..dugaan tarbiah dr Allah untuk hambaNya.....



Namun....haruslah diingatkan pada diri....jgnlah bila kta ssh , terasa dihimpit...bru terngadah nak mencari jln pulang..jgnlah kehidupan dunia nie melalaikan kta....dunia tidak menjanjikan apa2x...dunia...adalah pentas yg penuh perhiasan sbgai mahar  ujian yg menguji kta untuk smpai ke Syurga....maka,,,hendaklah kta selalu berpesan pd diri agar selalu mengingati Allah dlm setiap denyut nadi nie...
wassalam...salam dari kejauhan...........

 salam.....

ari nie lupa nak tye khbr my dear blog...sihat ke??arap2x sihat lah yer....jg kesihatan..sekarang musim x menentu..kejap hujan , kejap panas..mb dekat nak musim tengku johan  kot,...huhu...

apapun keadaan...hati maw baik???how about ur heart??mudah2xan semua baik2x jer yea....jgn sedih2x ..wlu ada perkara sedih yg melanda kta...apapun hidup harus diteruskan...shgga Allah menoktahkan jln kta...jgn pulak kta menoktahkan jln sblm Allah noktahkan...wa nauzubillah...

Cinta..Fitrah manusia...tp masih ada dan wujudkah tetap mencintai walaupun dia tidak mencintaimu??hurm.....tepuk dada tanya hati...huhu..balik2x soal hati dan cintakan...tuan blog nie ada masalah cinta ker??huhu..it's not Me ok!!!(penafian)..


hati terus memohon untuk terus setia...wlu akal menegah untuk melakukannya.....ku tetap menunggumu.....



biar pena terus melakar..luahan rasa yg terbungkam di relung Hati.....


wassalam.........
cahaya fikiranku...........
melestarikan kasih......................
bila saat dan detik tika tiba saat itu...............
pasti akan tiba.......................
yakinlah...................

" Mencintai Tidak Semesti Memiliki"...

salam...


seorang teman menangis..kerana cinta terhenti di tgh jalan...tidak seperti yg diharapkan..tidak seperti yg direncanakan...

ku cuba meleraikan air mata yg mengalir laju dr kelopak matanya..aku hanya teman..mahukan yg terbaik untuk temanku....


mmg aku tidak nafikan..berkata itu mudah..semua org bisa melontarkan bait2x kata..hanya yg menghadapi yg merasainya..tp aku tidak mahu ia terus bersedih...kerana " Mencintai Tidak Semesti Memiliki"...




Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia. Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.....


                                         kreadit to:: Rusydee Artz | Lukisan Dakwah (fb)

 


 Mencintai Tidak Semesti Memiliki"...

aku tidak menafikan betapa sakitnya bila ditinggalkan...pasti yg terasa deritanya hati org yg merasa..

sejujurnya...kerana takut mencintai tidak semesti memiliki...aku takut untuk bercinta...tapi..........hurm................awak disana mg baik2x jer yer...kena setia,..klu dah xboleh setia..bgtaw....sy rela....wlu airmata bakal menjd galang gantinya...((huhu..versi perasan))


wasssalammmmmm.............

lestary kasih cahaya fikiranku.........u give u get back!!!

Lughah al-Arabiah....

sambungan lagi niey...seronok bila kgsi kat blog nie...huhu....thankkzz my dear blog....


1.Amin bermain layang-layang.
2.Haikal suka bermain bola sepak.
3.Puan Mariam dan anaknya bersiar-siar di taman permainan.
4.Aminah suka bermain buaian.
5.Aiman suka bermain gelongsor.
6.Zarul dan Siti sedang bermain jongkat-jongkit.




wassalam.....sampai disini dulu yea...klu ada jodoh...kta jumpa ag ea....salam....panjang umur...esok jumpa ag yer..ma'as salamah..wa ilalliqa'( selamat berpisah, mg ketemu lagi)


lestary kasih cahaya fikiranku.....
salam....


jom kta smbg belajar bahasa arab....srg kta akan zoom pada konteks perbualan.....ok...sediakan minda.....huhu





terpaksa gmbr keluar dr landasan...sbb xkeluar kecik sgt..xnampak tulis ape pulak kan,.,,huhu,,,xpelah yer my dear bloggg...terlebih sudah,,,,,  


sonok jer...kecik2 dah pandai ckp arab....mudah2xan penyambung warisan kta nnti pandai ckp arab...amin....


Practice make perfect...bila kta aplikasikan pasti kta akan dpt kesan nya....makaaaa...jom praktik...bru taw boleh ke dak ..huhu..JOM........


LESTAR KASIH CAHAYA FIKIRANKU....


Wassalammmmmm......

anggota tubuh badan

salam...


smbugan edisi bahasa Arab kta....pencarian ..galian ilmu...tidak berhenti disini..ayukkkk....


                        anggota tubuh badan

lestary kasih cahaya fikiranku...
salam....td jln2 kat dr.google jumpa ttg artikel dlm arab kat laman nie...best....td copy n edit...syukran ea....

http://www.kualitibooks.com.my/Product/M_Storybook/CartaArab.htmli

seronok anak2x belajar klu ada gmbr mcm nie..bkn setakat kanak2x...org dewasa pun suka jugak..termasuk sy..huhu... ini adalah satu inisiatif tok kta suka memperdlmkan bahasa arab...ayuk sama2x memperkasakan bahasa Syurga....


ada lg yg lain nak dikongsi nie,,,,kta tgu kejap ea.....huhu..xleh msuk semua kat sinie terus..nnti nmpak semak sgt.... jap lagi kta jumpa yer....

Lestary kasih cahaya fikiranku


Thursday 27 October 2011

Bahasa Arab Bahasa AL-Quran....



salam.


kaifahaluki ...arju kullukum bil khair...ud'u ilallah bitaufiq wannajah ala kulli hal...(tak tahu betul ke dak bahasa Arab nie, harap2x betullah)..


entry kali nie berkaitan dengan Bahasa Arab...bukan nak mengajar...tetapi sekadar perkgsian..bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, bahasa Rasulullah...maka ia merupakan bahasa sunnah dan pertuturan yg digunakan diSyurga nnti...amin..


ana uhibbu lughah arabiah jiddan mksudnya saya amat sukakan bahasa arab sgt2x...klu diberi peluang untuk belajar di tanah Arab...ya!!!sy sedia dan sy sgt2x nak..huhu...


bahasa arab ini terbina pada 3 asas iaitu kata nama, kata kerja dan hurf.. contohnya adalah:::



Maksudnya  : Muhammad  pergi ke sekolah....


cukuplah sekadar asas ea...nak ajar lebih pun tak berapa nak teror..huhu..tp penguasaan vocabulary yg byk mmg seronoklah...sng nak ckp...selain tue subjek irab atau memberi hukum tok ayat mmg best..bila mana kta tahu i'rabnya ..maka mudahlah untuk kta mmbaca barisnya..byk ag yg kena belajar bhsa arab ni...kena gali ag niey..huhu...

sinie ada sedikit perkongsian ag...search kat dr.google td..






thankzz to shbt2 dr google...maaf mbik tak bgtaw...xtaw nak gtaw cmner..huhu...


sekadar perkgsian bersama...nak cri lagilah ttg bahasa arab....ok...t ada i will enter to my lovely cahaya fikiranku...


wassalam..... 

Sahabat Hingga Hujung Nyawa....

salam....


Boleh kta bersahabat sampai bila2x???satu bait yg indah diawl sebuah perkenalan...mg persahabatan tetap bertaut utuh walau jarak memisahkan kta....
kanak2x pun dah taw nilai sebuah persahabatan kan..huhu..mcm lucu jer tgok anak2x kecil berkwn...klu gaduh ...putus kawan kejap..tp anak kecik jiwa suci, pemaaf..kejap jer hati sejuk balik kan...2 3 saat lepas gaduh, mesti tgok diorang bersalaman dan main kejar2x ag..indahnya alam kanak2x...
tp bagaimana pulak org dewasa??yg kononnya lbh matang dr anak2x...lagi bahaya...sekali gaduh...bertahun lama xbertegur sapa...kerasnya kerikil kat dlm hati..mg kta bukan glgn yg tergolong dlm kerasnya hati...Nauzubillah...


entry lestary kasih kali nie tentang persahabatan...saper yg xpernah ada shbt angkat tgn!!!syukur..xda yg angkat tgn...rugi taw..hidup sekali jer...klu xda shbat maka krglah warna dlm hidup nie....betul..seriously nie,,huhu...


sahabat..terbit dari 7 huruf iaitu S A H A B A T...jd secara analitikel tuan blog...huruf tok mengeja sahabat ada 7 ,bersamaan hari ada 7, 7 petala langit, 7 petala bumi..maka dgn ini blog ini mengistiharkan sahabat akan ada bersamamu selamanya...tika susah tika senang dan dimana jua...insyaAllah...tp nak kekalkan persahabatan yg baik, kta kena jd baik dulu...hati ikhlas..pasti dibalas..huhu


S= SELALU
A=ADA
H=HARI2X
A=ANDA
B=BERSAMA
A=AKHIRNYA
T=TILL HUJUNG NYAWA..






sahabat kat sinie mencakupi ruang lingkup yg besar..keluarga kta pun boleh jd sahabat kita, rakan sebaya...dan siapa2x lah yg sudi bersahabat...


maksud bersama pulak bukanlah 24 jam kena ada dok sebelah kta kan,,,tp...kebersamaan kta bertaut melalui untaian doa pun dah cukup dan amat bernilai untuk kta...yg pasti tuan blog lestary akan sentiasa mendoakan sahabat2x sekalian wlu dimana berada....andai tiada dimata..pasti ktakan bertaut dijiwa...



tgok....kucing pun taw nilai persahabatan taw.........niekan pulak manusia yg mempunyai akal dan fikiran yg telah Allah kurniakan..jd...kesimpulan nya hargai lah sahabat....

sahabat yg baik adalah....tidak selalu mengiyakan apa yg kta katakan...tp berusaha untuk sama2x menjadikan diri lebih baik dr sebelumnya...........




ayuh...sama2 memperbaiki diri..agar dpt menjadi sahabat yg memberi manfaat kepada sahabat yg lain...




akhir kalam....syukran jazilan pada sahabat2x yg mengenali diri nie..terimakasih kerana sudi menerima diri ini seadanya...salah dan silap harap dimaafi,,,jgn slh nie menjejaskan titian sirat kta nnti...sekali bersahabat..selamanya tetap bersahabat..terimakasih ats indah warna persahabatan yg telah kau coretkan dlm kanvas kehidupanku....thank u Allah 4 the  best give that u gave to me along my journey...



sekian sahaja....wassalam....................................................
Lestary kasih cahaya fikiranku

salam....


apa khabar org kpg..sudah lama xberjumpa...minta2x semuanya didalam sihat sejahtera...huhu...apa kaitan entah...padahal tgh jd penanam lalang yg nak tggu padi tumbuh..entah bila entah...doakan lah dipermudahkan Allah dlm setiap urusan kehidupan..untuk sesiapa sahaja yg kukenali.......doaku mengiringi kalian..pd yg jauh ku doakan dlm kejauhan...huhu..


ada satu kisah nie...


mgkin kerana mengimpikan sebuah kesempurnaa...tetap menunggu....setia....boleh ke??arap2x boleh lah ea...huu





bina harapan dan impian dlm tautan doa..jgn jdikan ia suatu yg melalaikan dirimu..tp Yakin janji Allah itu pasti...

rempah ratus yg penting dalam sebuah kehidupan...
~~seguni kepercayaan~~

~~semangkuk kesetiaan~~



wassalam.....maaflah my dear blog............entry terjiwang sikit....ada org bg luahan ..kena tulis lah kan...huhu...
salam....


tanya sama hati..apa tanda sayang...adakah sayang nampak dipandang???huhu...entahlah labu...nampak dak??nampak bila ada rasa...insYaAllah...biiznillah...dengan izin Allah....


indah alam ciptaan Allah...namun hamba selalu jarang mensyukuri nikmat yg masih didalam gengaman...selalu risau apa yg tiada...wahai hati..belajarlah bersyukur..pasti Allah akan cukupkan disetiap gerak langkah mu.....



Penghambaan ini hanya pada Allah...diciptakan Manusia dimuka Bumi ini adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan beribadah dan menyembah Allah...Maka penghambaan diri nie hanya pd Rabb al-Jalil...Ma fi Qalbi Ghairullah...


bila kta nak nilai balik...kta nie hanya ibarat buih ombak dilautan dunia..tp Allah angkat martabat an-Nas sebagai khalifah mentadbir Bumi...




Jom renovate hati.....dalam diri anak adam ada segumpal darah...jika baik darah itu,..maka baiklah keseluruhan jasad itu...maka..ketahui...tempat itu adalah Hati.....




Lestary kasih cahaya fikiranku

Wednesday 26 October 2011

Kalam Berbicara

salam..


dear my lovely blog...sihat ke hari nie??mg baik2 aje yea...mg sentiasa dlm rahmat dan kasih syg Allah....




kubiar kalam berbicara...walau bisu tanpa kata...


pernah bait nie yg dinukilkan.......




sejujurnya,,,,,




hanyaku Mampu berdoa....dilewat setiap sujudku padaMu YaRabb....



wassalam......................(( Entry nie pasti xde kena mengena ngn yg hidup atau dah tiada ok))

Lestary kasih cahaya fikiranku





Tuesday 25 October 2011

Qaryati Mahabbati....

salam.....


my dear Blog Lestary Kasih Cahaya Fikiranku.........aku merindui mu....ding dong ding dong...huhu...entah ape2 entah tuan blog nie kan??huhu...


saat ku merindui mu, izinkan aku untuk pergi jauh....izinkan aku menoktahkan kenangan kta disini...aduhaiiiiii....jiwang2x pulak petang2 cmnie...huhu..sejuk kpg halamanku,,,dari pg tadi hujan mencurah membasahi bumi...alhamdulillah diatas nikmat hujan yg Allah kurniakan pd Hambanya...alhamdulillah....


nak cta ape entah...hurmmmmm.....


nak kgsi tentang kpg halaman lah...kpg Bako yg indah dan permai terkenal di Malaysia...huhu..ye ker terkenal??xkot...sajer jer lagu kpg yg berunsur kontroversi ........huhu...apa2x pun i LOVE my on Village..disinilah hamba yg lemah nie dilahirkan..disini jugaklah...hamba belajar erti kehidupan..kat kampung nie jugaklah mak bapak hamba disatukan dan melahirkan 10 org anak yg baik2x belaka~amin~ dan kat sini jugaklah....mak bapak disemadikan,,,,sbb tue sy syg kpg sy...sbb sinie byk kenangan nya....jatuh bgun dikpg sendiri...


Kampung Bako...merupakan kpg Nelayan...dulu..majoriti hasil pendpatan penduduk kpg Bako nie adalah hasil tgkapan di laut...dulu pun pernah ekot bapak g tkp udang kecik tok buat belacan...gatal sgt nak g ekot kan..tp..betullllllll...bessstttt sgt2x...kngan yg terindah dalam hidupku...jln utama kpg Bako adalah menggunakan sungai....jd maka wajiblah kmi naik perahu...maka dgn itu jln kpg kami xdelah kereta yea adik2x syg..best taw...aman jer...sbb xde kereta..tp motosikal adalah..tp payah sikit,..kena naik perahu...seberang sungai tok bawak motosikal tue... sapa nak pg kpg saya angkat tgn cpt!!!!bawak rombongan meminang sekali eah(( ish@@..apa kes??))


ok...kta zoom in gmbr kpg halaman sy yea....@@@@@


nielah perahu tambg...klu nak naik tmbg 50sen yea....gmbr dizoom dr umah sy...

pondok lepak2x pakcik2x kat dpn rumah..meriah dorg lepak taw....mg bahagia selaluuuuu...

mencari ketenangan dan kedamaian...

cmnielah rupa rumah klu air naik...air pasang......


nielah tmpat tok mbik udang kecik tau...nak wat belacan...sedap dan terbaik dr kpg Bako.....


zoom umah penduduk kpg dr atas.dr masjid.....

 masjat nie kat atas bukit taw..... kena naik tangga tok smpai kat atas....byk pahala g solat sinie...insyAllah,
::::kredit to blog Putera Mahkota...maaf ambik ea...thankzzz...

wasssalammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.........