Tuesday, 8 November 2011

salam AidilAdha...

salam....


My dear blog.........selamat hari raya Aidil adha....selamat berkorban....mg korban menjadi mahar kta ke syurga...amin..... maaf lewat mengupdatekan diri yer blog..apa2xpun Kullu A'm wa antum Bikhair..biiznillah.....


pada sidia yg jauh....selamat hari raya aidiladha ...walau sepi tanpa bicara...ku tetap disini....((huhu...entah apa2x kan))


 
Tarbiah disebalik kasih dan Cinta pd Rabb al-Jalil...Nabi Ibrahim alaihi salam berkorban...namun Allah menggantikan pengorbanan kasih dan syg nabi Ibrahim dgn menggantikan Cinta dan kasih anak pada kepatuhan Cinta pd Rabb..Maha suci Allah...


Salam aidiladha...telusuri hikmah mencari Mahabbah.....


salam Lestary kasih cahaya fikriranku.....







Friday, 4 November 2011

Kasih dan Pengorbanan

salam....

hidup kadang2x memerlukan pilihan,,,,pilihan..kadang2x memerlukan sebuah pengorbanan...biar aku berkorban......

Pengorbanan...kisah Cinta Nabi Allah Ismail pada Ketaatan pd Suruhan Allah......Maha Suci Allah............

Cinta adalah memberi.............................dan dari rasa cinta itulah lahirnya Ketaatan pd al-Khaliq....Cinta perlukan pengorbanan...menuntut pengorbanan...seperti kasihnya Nabi Ibrahim pd anaknya Nabi Ismail..kerana perintah Allah...perasaan kasih dan sayang pd anak harus dikorbankan pada Cinta yg lebih hakiki............pd Rabb al-Jalil...
----------------------------------------------------------------------------------------------
NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.

Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.

Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.

Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.





----------------------------------------------------------------------------------------------


kasih dan pengorbanan dilakukan kerana Amanah dr Allah....sungguh...Allah telah menggantikan yg lebih baik...Maha Suci Allah....


Pada Mak dan bapak yg telah membesarkanku...terimakasih atas kasih syg yg tiada tara ini...semoga Allah menjaga mu disana..amin....


wassalam.....

Wednesday, 2 November 2011

salam.....

salam Baitullah.......

ada satu lagu yg saya suka.....


Waiting For Your Call by Irfan Makki...

Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall



Ya Allah.....hamba bermohon padaMu...mg kami antara hambaMu yg dipilih untuk mendapat panggilan seruan Haji Mu Ya Rabb...berilah kami kesihatan yg baik, umur yg panjang , rezeki yg murah lagi diberkati dalam memanjangkan amal ibadah kami pada Mu yaAllah...sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pemurah,,,,
Sungguh hati ini MERINDUI BAITULLAH....I'M WAITING FOR THE CALL.......

Praying for the day when I can be near the Kabah wall






WASSALAM........................................................................................

Kek Batik sEri Sarawak....

salam....

My dear blog....lma dia xon9...sihat kah dia??walau tidak bertegur sapa..cukuplah melihat adanya dia...

tgh hari tadi mencuba membuat kek batik...hehe..xde nama sebenarnya...tp suka2x nak letak Kek Batik seri Sarawak..

Jom Zoom Bahan2x dia::

1Bungkus biskut Marie
200ml susu cair
3 biji telur
200g Milo
3 sudu makan susu pekat manis
125g mentega


nie antara bahan yg digunakan..

125g Cik Mentega

200ml susu cair
3 biji telur
1 bungkus biskut Marie
nie cik Susu Pekat Manis
3biji telur yg telah dipecahkan...huhu...mstilah kan kena pecahkan ruyung baru dapat sagunya...huhu
masukkan susu cair tadi kedalam telur
kemudian pukul bersama 3 sudu susu pekat manis

oleskan Mentega kedalam loyang yg bakal digunakan...
Masukkan cik Mentega kedalam kuali...

cairkan mentega dengan menggunakan api yg kecik yer.....
kemudian, masukkan susu dan telur yg telah dipukul tadi kedalam mentega yg telah cair.............
Gaul sebati...kacau supaya  aduanan mnjdi baik..

kemudian ..msukkan milo kedalamnya,,,,

kacau lagi hingga adunan betul2x sebati....
tadaaa~~~~~adunanan dah likat...

sehingga sedikit mendidih dan likat......masih menggunakan api yg kecik yea...
kemudian...masukkan cik Biskut Marie td...


Gaul sebati..biarkan biskut dimandikan dgn coklat Milo...hehe
dan susunkan...hehe..saja jer nie nak rajin2x...
last2x..tuang semua adunan kedalam loyang...hati2x...aduanan masih panas.....dan tekan2xkan adunan tadi...biar padat....

kemudian balutkan dgn wrapping plastic....
sedia untuk disimpan didalam peti sejuk,,,tunggu.......


wassalam...sok zoom gmbr yg dah siap yer...tggu...huhu....selamat berbuka puasa dan top up ibadah kta..

keracunan Iman....

salam...


saper ade tgok halaqah Akar Tradisi Ilmu pukul 10 mlm tadi??tgok x??? 


tgok atau tidak..jom kta topup ilmu..sekadar perkgsian antara kta....tajuk mlm nie td" Keracunan Iman"...Nauzubillah...mg Iman kta dlm baik2 sahaja yer.....


Bak kata Penceramah tadi...Prof Roslan..pensyarah Um tue.........huhu...baik punyer...dia ckp..klu kena keracunan makanan dlm stgh jam mesti dah pg jumpa doktor..klu keracunan Iman??Mmg xnampak mulanya...tapi kesannya  amat2x dalam...


Klu kena racun mestilah bakal merosakkan kita kan??? Kesan dr keracunan Iman nie adalah akan mematikan hati...menyebabkan hati sakit...menyebabkan kta tidak senang hati melihat kejayaan org lain...klu org gagal...dialah org pertama yg dok tepuk tgn bersama Syaitan,,,wa nauzubillah...minta dijauhkan dr keracunan Iman...


Maka setiap penyakit itu ada Ubatnya...ada Toniknya..bak kataProf Penceramah tadi....
antara Ubat pada keracunan Hati adalah:::
1) ikhlaskan diri kita pada Allah...
2) berdoa pada Allah mg dipelihara Iman kta..
3) disiplin dalam melakukan ibadah pd Allah...iaitu menunaikan haq2 yg sepatut ditunaikan..
4)Jaga makan Minum..seseungguhnya makanan akak membentuk darah daging...jika baik makanan maka baiklah darah daging
5) Menjauhi sifat Mazmumah...
6) Bersahabat dengan org Baik...


Manakala pelan tindakan bg mengatasi keracunan Iman nie adalah:: mencari ilmu yg bermanfaat,....ziarah masjid..jangan angkuh dan jgn Racun diri sendiri...


Surat Cinta dr Allah ayat 1-4 surah al-ANfal yg bermaksud::



QS. al-Anfal (8) : 1
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
QS. al-Anfal (8) : 2
(Yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
QS. al-Anfal (8) : 3
Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.
QS. al-Anfal (8) : 4
Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya,



sama2xlah kta mengislah diri kearah kebaikan..mg hati yg beracun kian baik ....jgn biarkan hati kta mati....bila hati kta mati...maka kta pun akan mati....hanya hidup dlm dunia yg penuh gelap tanpa cahaya hati dr Allah....


Ya Rabb...Nawwir Qulubana Ya Allah...Terangi hati kami..jauhilah dr racun Dunia yg melalaikan.....amin......


iman Bukan diwarisi tetapi patut digali...dlm galian Surat Cinta dari Rabbi........istiqamah meneguhkan jalan menuju Redha Ilahi....


wassalam....lestary kasih cahaya fikiranku....mg cahayafikiranku kukuh teguh berpaksi pada al-Quran dan Sunnah...agar cahaya Iman sentiasa mengiringi fikiranku....amin...

Tuesday, 1 November 2011

cucur Rodey.....

Salam....
apa khabar my dear blog....huhu....tiada kata secantik bahasa...huhu..suka suki jer kan,,,, entry kali ttg menu Cucur Rodey..first time mencuba bakat..alhamdulillah...nasib baik jadi jugak...

jom zoom bahan2x tok cucur Rodey..menu berbuka puasa ari nieyh...
wajiblah kena ada kacang dal...dlm 1/2 kilogram...rendam lebih kurang dalam 2 hingga 3 jam...

rendamkan jugak udang kering lebih krg dalam segenggam.....


kasi zoom sikit udang kering nieyh....

nie hasil kacang dal yg dah direndam tadi yer...
nie cik Jintan putih antara bahan wajib kena ada dlm cucur nie...menaikkan aroma cucur...sedap...hehe

nie daun kari...guna dlm 3 4 batang...guna ikut suka...hehe.....


nie jintan manis yg telah dikisar halus...mbik dalam 2 sudu makan ea......
kita kisar kacang dal yg telah direndam tadi......gunakan blender

jgn lupa....toskan air dia taw..jgn blend dgn air dia taw....nanti lembik sgt...huhu

nie cik Blender yer..usaha tok blend kacang dal yg begitu keras......

nielah hasil yg telah di kisar tadi.....

masukkan daun kari yg telah dikisar tadi...

masukkan udang kering yg juga telah dikisar tadi.....

masukkan 5 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih yg telah dikisar bersama 2 biji cili padi....

masukkan jintan manis yg telah dikisar halus tadi,,,,


kemudian gaul hingga  sebati yer...mesrakan ia.....jgn lupa...masukkan garam dlm 2 sudu kecik....
gaul lagi....kasi mesra sama dia...huhu

dan bentukkan bulat2x dan dileperkan seperti nie cik cucur nie......
posing ayu


posing manjer b4 digoreng....sbr yea....
sat ag bakal digoreng....huhu

 tadaaaaa~~~~dah pun siap....huhu...selamat menjamu selera....
cakKoi...menu selain cucur rodey...tp nie abg yg beli...makaseh yer....huhu

wassalam.....selamat mentop up ibadah kta....