MUHASABAH CINTA
Usah diratapi perpisahan dan kekecewaan,kehancuran, kegagalan dalam melayari maqam cinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia... Atas kasih sayang Allah kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya kau dan dia dipisahkan bersama hikmah tersembunyi..Sesungguhnya cinta itu kurniaan Allah Yang Maha Agung...Pernahkan kau
terfikir kebesaranNya? TULISKAN rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang beriman.
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu
si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada
Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau
Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalaupun gunung boleh
hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut dan rapuh?
Semua ketiga-tiga status ni berkait...Gabungkan n Renungkan...

Status ini juga berkait rapat dgn status2 dibawah...Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya. Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya. Kalian tau apa yang menyebabkan doa kalian terhijab..Dosa kita sebenarnya...Selesaikan Urusan Allah dahulu..Allah pasti m'jayakan urusan kalian.
♥ LeStaRy KaSiH...cAhaya FikIRanku..♥
No comments:
Post a Comment