Salam…..
Jom ari nie kta blajar sikit..huhu…teringat masa study kt UM..rasa mcm dah lama jer xbelajar…rindulah pulak kan..huhu..(padahal masa belajar sape yg plg malas??hehe…)..apa2xpun…selagi kta bernafas diatas muka bumi nie..tuntutlah ilmu walau satu ayat sekalipun…xrugi pun kan….malah memberi kta lebh banyak manfaatnya…
Jom gerakkan minda..tambah sedikit ilmu…ari nie kta berkgsi tentang surah al-Ma’un…masa kat UM sya penah wat tajuk nie sbg assgmnt untuk kajian teks Tafsir…seronoklah bila kta dah taw tentang surah nie..klu xbyk pun yg kta taw …sikit pun jdilah kan..hehe
Jom Zoom in…
1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya)
LATAR BELAKANG SURAH AL-MA’UN
Surah al-Maun merupakan surah yang ke 107 dari 114 surah mengikut penyusunan didalam mushaf al-Quran. Merupakan juzu’ yang ke 30 .Diturunkan sesudah surah At Taakatsur yang merupakan wahyu yang ke 17. Ia merupakan satu surah yang pendek dan mempunyai 7 ayat . Nama surah ini diambil dari kata al-Ma’un (الماعون) yang diambil pada ayat terakhir.Menurut etimologi, al-Ma’un bererti banyak harta, berguna dan bermanfaat, kebaikan dan ketaatan , dan Zakat . Al-Maun adalah menberi tolong atau bantuan dengan barangan yang berguna selagi mana tidak bercanggah dengan syariah Islam.
Kedudukan surah al-Maun Makiah atau Madaniah .
Menurut Qaul Jumhur menyatakan bahawa Surah al-Ma’un diturunkan di Mekah dan disebut sebagai Makiah iaitu diturunkan sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah .
Menurut pendapat Ibnu Abbas dan Qatadah pula Surah al-Ma’un adalah surah Madaniah iaitu diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad ke Madinah.
Menurut Habatullah iaitu seorang Mufassir al-Dharir )buta)[1] pula menyatakan setengah dari surah al-Maun diturunkan di Mekah kepada A’si bin Wa’il iaitu dari ayat 1 hingga 3 . A’si bin Wail adalah seorang yang tidak percaya kepada hari pembalasan . Setengah lagi diturunkan di Madinah kepada Abdullah bin Abi Munafik dari ayat 4 hingga 7. Abdullah bin Abi Munafik adalah ketua kepada gerakan munafik. Dan pendapat yang paling kuat[2] adalah setengah diturunkan di Mekah dan setengah lagi diturunkan di Madinah
[2] Tafsir al-Quran fizilal Sayyid Qutb hlmn 553
Dinamakan surah al-Ma’un :
Nama surah ini diambil dari kata al-Ma’un (الماعون) yang diambil pada ayat terakhir dalam surah tersebut. Al-Maun adalah merupakan orang yang memberi pertolongan dengan barang yang berguna dan yang memberi manfaat dan tidak melanggar syariat. Contohnya orang yang memberi pinjam kepada jirannya[1] alatan memasak seperti air,garam. Selain itu alat pertanian seperti cangkul ,kapak dan lain-lain lagi.
Dinamakan surah al-Maun juga kerana Allah mencela orang Madinah pada akhir surah yang enggan memberi pertolongan dengan barang yang berguna.Seperti mereka lalai dari menunaikan solat , munafik dan riak dalam melakukan ibadah .
Surah al-Maun juga dinamakan sebagai surah hari pembalasan(الدين)[2] atau hari hisab atau hari perhitungan dimana didalam surah tersebut mencela dan memberi peringatan tentang orang-orang yang mendustakan hari pembalasan( hari kiamat).
Berkata al-Aufi dari Ibnu Abbas[3] orang yang menghalang dengan barangan yang berguna adalah orang yang menghalang dari mengeluarkan zakat atau orang yang menghalang orang lain dari taat kepada Allah .
Berkata al-A’mash dan Syu’bah dari Hakim dari Yahya ibnu al-Khazar[4] bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang al-Maun .Dan Rasullullah menjawab al-Maun itu adalah barang yang diberi pinjam manusia lain antara mereka contohnya kapak dan periuk.
No comments:
Post a Comment